Hidup ini adalah terlalu singkat. Beruntungglah orang yang menyedarinya. Umpama sebuah khayalan yang disangkakan benar. Seperti firmanNya dalam surah Yunus10:24 ;
“ Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu adalah seperti air (hujan) yang Kami turunkan dari langt, lalu tumbuhlah dengan suburnya tanam-tanaman bumi kerana air itu, di antaranya ada yang dimakan oleh manusia dan binatang ternak.
Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasaannya(maksudnya: bumi yang indah dengan gunung-gunung dan lembah-lembahnya telah menghijau dengan tanam-tanamannya), dan pemilik-pemiliknya mengira bahawa mereka pasti menguasainya(dapat menuai hasilnya), tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami pada waktu malam atau siang,
lalu Kami jadikan (tanam-tanamannya) laksana tanam-tanaman yang sudah dituai (musnah sama sekali), seakan-akan belum pernah tumbuh kelmarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (Kami) kepada orang yang berfikir.”
Salam inspirasi


