Imran Koyube, ILuvIslam:Rahsia Kejayaan Jutawan

Imran Koyube, ILuvIslam:Rahsia Kejayaan Jutawan Alhamdulilah, semalam saya berkesempatanm berguru dengan Imran Koyube, iaitu pengasas I Luv Islam tentang beberapa tips kejayaan. Sesi walaupun pendek tetapi penuh dengan ilmu. Bagi sesiapa yang tidak kenal Imran, beliau adalah antara pemuda yang mula meningkatkan dalam bidang perniagaan Malaysia.

Perasan atau tidak banyak event-event menarik telah dikelolakan oleh syarikat beliau iatu I LuvIslam. Event yang terbaru yang baru diadakan adalah BidadariDunia dan Juwatan Muslim 2012. Terbaru yang akan diadakan adalah Super Parents iaitu pada hujung minggu ni.

imran koyube

Banyak telah dikongsikan dalam sesi sekitar 2 jam ini tetapi saya ringkaskan dan sharekan apa yang menarik. Kalau hendak ilmu lagi, boleh terus berguru secara terus dengan beliau sendiri.:-)

Antara Rahsia Kejayaan:

1.Niat

-Pastikan niat itu betul. Niatlah untuk membantu dan memberikan nilai dalam hidup orang lain.

“Pada asalnya ILuvIslam ditubuhkan untuk membantu orang mengenai maslaah agama. Kerana apabila belajar di overseas nanti tiada rujukan terdekat mengenai permasalahan agama. Jadi dengan adanya platform ini, soalan -soalan kemusykilan dapat dikupulkan dan dijawab oleh para ustaz dan ustazah.”

2. Attitude

Peribadi seseorang itu sangat penting.Inilah yang membezakan seseorang itu berjaya atau tidak. Sijil tidak ada harganya jika tiada attitude yang baik.

“Saya kenal ramai sekadar yang belajar setakat SPM, tetapi berjaya menajdi jutawan kerana attitude yang baik.”

3.Rapport

Adalah penting untuk mempunyai rapport. Rapport ini lebih lebih daripada network. Network sekadar kenalan, tetapi rapport menyebabkan kita mengenali seseorang itu lebih mendalam. Kita kenal lebih dalam tentang network kita itu.Perkara yang sama juga ditekankan dalam Islam.

“Rasulullah SAW menyuruh setiap sahabatnya mengenali kasut para sahabat. “

Cuba bayangkan begitu mendalam kita kenal seseorang, pastinya mudah untuk membuat bisnes.

4.Mentors

Punyailah guru dan bergurulah. Perkara itu akan memudahkan kita.

“Saya punya mentor untuk setiap perkara yang ingin saya lakukan.”

5.Iman

Iman adalah rahsia segala rahsia untuk menjadi jutawan muslim dan kejayaan.

“Mintalah kepadaNya kerana sesungguhnya Dia sangat dekat.”

Semoga tips di atas membantu. Salam inspirasi :-)

One Response to “Imran Koyube, ILuvIslam:Rahsia Kejayaan Jutawan”
  1. ebay karen millen

    I always all the time every time download a full complete movie film show in parts, that? always present existing at YouTube, because since as for the reason that my net network connection is very extremely awfully slow and YouTube fulfils my wishes needs desires.

Leave a Reply

CommentLuv badge