Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa kahabar? Saya harap anda sihat hari ini. Hari ini masuklah Ramadhan yang ke-3. Sebelum terlambat, saya ingin mengycapkan Salam Ramadhan dan semoga puasa tahun ini memberi peningkatan darjat kepada diri kita. Tajuk tips hari ini adalah berkenaan kesakitan.
Kita selalu memikirkan bahawa orang hebat adalah dilahirkan. Kita hampir percaya dengan kenyataan bahawa sebenarnya mereka adalah lebih bertuah, dan diberikan dengan potensi istimewa semasa kecil lagi. Adakah ini benar? Sebahagian penyataan ini mungkin benar.
Dalam realiti, sebenarnya mereka adalah sama dengan manusia yang lain. Perkara yang membezakan adalah mereka menggunakan sepenuhnya ‘sumber’ yang adal pada diri untuk membentuk jati diri yang hebat.Mereka menggunakan bantuan ‘kesakitan’ untuk turut membantu. Kegagalan menggunakan sumber yang ada akan menjadi satu kesakitan kepada mereka.
Contohnya seperti seorang lelaki yang bercita-cita ingin menajdi seorang yang hebat dalam menolong orang. Kegagalannya dalam menolong orang mungkin menjadi ‘kesakitan’ kepadanya. Oleh itu ‘kesakitan’ ini sebenarnya sangat membantu mereka untuk berjaya.
Perkara apakah yang memberi kesakitan dan kebahagian kepada anda dan bagaimanakah perkara ini mencorak kehidupan anda pada hari ini?
Salam inspirasi!



salam Ramadhan..smoge saudara sehat..