Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar? Bagaimana puasa anda hari ini?Hebat ? Hari ini saya ingin kongsi khasiat kurma daripada perspektif Islam. Al maklumlah sekarangkan musim Ramadhan. Ianya bagaikan item yang wajib tatkala berbuka puasa.
Khasiat kurma menurut perspektif Islam
Antara sabda Rasulullah s.a.w mengenai kurma :
“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya”.
“Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat“.
“Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.
Salam Ramadhan!


