Salam inspirasi. Bagaimana dengancuti anda pada hujung minggu ini. Apa yang anda lakukan?
Sabtu yang lalu saya sempat menonton sebuah filem. Filem yang memberi inspirasi dan mempunyai jalan cerita yang menarik. Oleh sebab itu, post kali ini saya ingin mengambil dan berkongsi quote yang terdapat dalam filem tersebut. Mencuri daripada kata-kata sebuah filem, iaitu The Curious Case of Benjamin Button.
“ Kehidupan bukanlah ditentukan berdasarkan minit yang ada, tetapi saat yang dilalui.”
Masa dan kehidupan adalah sesuatu yang bergerak serentak. Kehidupan terhasil disebabkan masa yang ada. Masing-masing mempunyai hubungan dan saling berkait antara satu sama lain.
Manusia merupakan cebisan daripada kehidupan. Sudah tentu setiap daripada mereka berkaitan dengan masa. Setiap orang dikurniakan jumlah jam dan minit yang sama. Tidak lebih tidak kurang. Walaupun jumlahnya sama, namun ini tidak membawa pelbagai makna. Apa yang memberi perbezaaan antara kejayaan seseorang individu dengan individu yang lain adalah berdasarkan saat yang dilalui olehnya.
Jika dia mengguna masanya dengan bijak, maka hasilnya tentu menarik. Walaupun tempoh itu cuma sekejap sahaja. Kehidupan bukanlah ditentukan berdasarkan minit yang ada, tetapi pada tujuan masa ia dihabiskannya. Jika anda menghabiskannya pada sesuatu yang berkualiti, maka pulangannya juga tentu berkualiti. Begitu juga sebaliknya.
Contohnya perbezaan antara 2 pemuda. Pemuda A mungkin sibuk dengan tugasan. Tetapi walaubagaimanapun sibuknya dia, dia tetap berusaha untuk meluangkan sejam sehari untuk anaknya. Dia menggunakan 1 jam tersebut dengan baik melayan karenah anaknya.
Berbeza dengan seorang lagi pemuda. Pemuda B tidaklah sesibuk seperti pemuda A. Dia mempunyai masa yang lapang. Tetapi sayangnya kebanyakkan masa dibiarkan berlalu sahaja. Masanya banyak dihabiskan di kedai-kedai kopi sambil melepak. Masa bersama keluarga diabaikan dan membiarkan anaknya terbiar tanpa bimbingan.
Rasa-rasa anda kehidupan siapa yang bermakna? Kehidupan bukanlah ditentukaan pada minit yang ada, tetapi bagaimana anda menjalani kehidupan yang penting.
Manusia sememangnya sentiasa sibuk. Sibuk bekerja, sibuk bermain, sibuk beribadah dan lain-lain. Tetapi apa yang penting adalah pastilan kesibukkan itu dihabiskan apda sesuatu yang berkualiti.
PS: Sebuah filem yang menarik dan penuh inspirasi untuk ditontoni tetapi banyak sangat adegan cium. Hoho..


salam Dr inspirasi,
memang betul…masa amat berharga, wang yg hilang boleh diganti / cari, tapi, masa yg terbuang akan hilang selamanya.
filem apakah itu
filem Benjamin Button lakonan oleh Tom Cruise