Hari ini saya ingin berkongsi mengenai tips pembentangan. Saya bukanlah seorang yang pakar dalam bidang ini. Tetapi hasil pembacaan dan seminar yang dihadiri, saya kongsi salah satu tips dalam membentang ‘persembahan’ yang menarik. Antara menjadikan diri anda seorang pembentang yang hebat adalah dengan mempunyai suara yang mantap dan lontaran suara yang jelas.
Ingin tips suara yang mantap dan menarik? Apa kata anda ikut tip di bawah:
Ramai mengatakan bahawa beliau dikurniakan suara yang hebat. Tetapi sebenarnya Steve Chandler yang merupakan penulis buku 100 Ways to Motivate Yourself mengatakan ada rahsia di sebalik kemantapan suaranya. Biasanya perjalanan ke tempat seminarnya mengambil masa lebih daripada sejam. Oleh itu, beliau akan menyanyi bagaikan orang gila ketika menujunya. Ternyata perkara tersebut berbaloi.
Mungkin beliau akan dicop gila jika orang lain melihatnya, tetapi risiko yang diambil berbaloi. Dengan menyanyi lebih kuat, suaranya bertambah mantap. Pernafasannya bertambah baik dan suaranya mememenuhi seluruh dewan dengan berkesan.
Jadi apa kata kita sama-sama mencubanya.


solution: karaoke la selalu (^^)
betul tu saudari saye.. boleh juga buat unplug..nyanyi sambil main gitar..
kita menyanyi bukan kerana kita gembira tetapi kita gembira kerana menyanyi..
THINKERICH
Menyanyi Dapat Menghilangkan setress se habis beraktifitas Seharian…..
^_^ Dengan Bernyanyi Membuat kita lebih Enjoy Menghadapi Kegiatan rutinitas……