” Do you want a successful career or a close relationship with your family? Both! Do you want a focus on business or have fun and play? Both! Do you want money or meaning in your life? Both! Do you want to earn a fortune or do the work you love? Both! Poor people always choose one, rich people choose both. ” T. Harv Eker
Orang yang berjaya adalah orang yang tamak.Mereka tidak mahu sekadar hanya memperolehi sebuah perkara baik sahaja. Apabila diberi dua pilihan yang hebat, mereka mahukan kedua-duanya. Antara kekayaan dan kebahagian? Yang manakah menjadi pilihan hati? Masing-masing mempunyai pilihan hati masing-masing. Tetapi jika anda bijak, anda boleh memperolehi kedua-duanya.
Jadi, apa kata kita mula ‘menamakkan’ diri.. Haish apakah gaya bahasa saya untuk hari ini.
Walau apapun, maksud saya jelas. Kita harus ‘tamak’. Jangan sekadar meletakkan satu matlamat atau harapan. Jangan sekadar memilih satu antara dua. Tetapi anda mampu memiliki kedua-duanya. Orang berjaya adalah orang yang tamak. Jadi mengapa tidak mendapatkan kesemuanya yang diimpikan.
Teringat saya kembali pada soalan yang pernah diberi. Jika lupa, rujuk cerita motivasi di sini. Tatkala semua orang hanya nampak satu sahaja jalan penyelesaian untuk membuat pilihan, sang pemuda itu nampak jalan untuk memperolehi kesemuanya. Jadi, mari kita bersama-sama menjadi seorang yang ‘tamak’.
PS : Tetapi kalau anda ingin memiliki dua isteri, itu saya tidak dapat menjaminnya.



boleh 2 isteri tapi punya isteri yg tidak tamakkan kasih sayang anda heheheh
Best
Menggalakkan orang mahu berjaya menjadi lebih tamak
Bukankah lebih baik kalau kebahagiaan dan kejayaan di dalam tangan?
Nice post =)
betul!! kita mampu dapat apa yang kita nak kalau kita tamak berusaha la. hehe
mari menjadi ‘tamak’ yang baik.
thanx untuk motivasi hari ni
norq : bila mau kahwin? hehe
achikurosales: ya..agree with you
sliza: rasanya susah je..paling selamat cukuplah sekadar satu..hehe
yer…mari kita menjadi tamak secara berhemah
Betul tu. Dulu org cakap orang tamak selalu rugi tapi zaman sekarang orang tamak yang untung..
Satu lagi orang kedekut boleh jd kaya sebab satu pe’el orang kaya ni, derang kedekut..