Perniagaan Internet dan Graf Momentum Manusia

empayar perniagaan internet

Berdasarkan gambar rasanya semua orang boleh agak. Sebenarnya ia adalah tajuk sebuah buku tentang perniagaan internet. Penulisnya Ammar Zahar merupakan salah seorang usahawan internet Malaysia. Beliau banyak menjual produk digital tentang bagaimana membuat duit menerusi internet. Antara websitenya adalah apeje.my, dan jootawan.com

 

Kini produk terbarunya adalah adalah sebuah buku yang bertajuk “Empayar Perniagaan Internet” telah berada di pasaran. Saya baru sahaja mendapatkannya dan berjaya membacanya dalam tempoh sehari sahaja .Bukan semua kedai yang menjual, buku yang saya dapati hanya diperolehi di MPH dan berdasarkan maklumat, hanya kedai buku rantaian MPH yang menjual buku ini.

 

Secara ringkasnya buku ini bercerita bagaimana saudara Ammar membuat wang di internet. Tips turut dikongsi bagaimana dan mengapa seseorang itu perlu bermula dan berniaga di internet. Antara sebabnya adalah kos yang murah, operasi yang sentiasa ada 24 jam.Rasanya semua orang tahukan.

 

Model perniagaan yang banyak dikongsi pula tentang model perniagaan produk digital. Contohnya seperti produk ebook, software. Sebenarnya banyak telah yang dikongsi saudara Ammar dalam buku ini. Antara tips yang saya suka adalah tentang momentum.

 

Ini adalah gambar yang terdapat dalam bukunya

empayar internet

Secara umumnya boleh dikatakan inilah graf momentum manusia. Ianya semakin menurun dengan masa apabila ianya tidak dilakukan dan akhirnya hilang. Perkara yang dapat dipelajari disini adalah untuk segera membuat tindakan. Semakin cepat lagi baik kerana ketika itu momentum kita berada ditahap yang tinggi.

 

Contohnya jika kita ingin berniaga. Fikirkan baik dan buruknya dalam tempoh yang singkat. Contohnya membuat keputusan dalam masa 2-3 hari. Elakkan mengambil masa yang terlalu lama untuk bertindak kerana akhirnya kita tidak bersemangat dan menjadi malas.

 

Inilah salah satu rahsia perniagaan Yahudi dalam buku yang pernah saya abaca. Mereka mengambil tindakan yang segera. Syarikat perniagaan wujud dengan cepat dalam sekitar 1-2 minggu sahaja apabila idea diperolehi. Bukan perniagaankecil, tetapi syarikat besar wujud dalam tempoh yang singkat sahaja.

 

Jadi, jika kita ada apa yang ingin diusahakan. Jangan mengambil masa yang lama. Fikir baik dan buruk dalam masa yang singkat dan tidak terlalu lama dan kemudiannya Just do it! Kerana tika itu momentum kita sedang berada paras yang tinggi.

 

Salam Inspirasi! :-)

Leave a Reply

CommentLuv badge