Salam motivasi. Hari ini merupakan hari Isnin. Kepada sesiapa yang bekerja., bekerjalah dengan penuh bersemangat, walaupun hari ini hari Isnin. Guna potensi anda sepenuhnya. Hari ini saya ingin berkongsi tips yang saya dapati daripada internet.. Agak menarik.Soalan yang perlu ditanya kepada diri anda untuk meningkatkan kualiti hidup anda. Hari ini juga saya ingin berkongsi dengan anda jawapan saya. Bagaimana pula dengan jawapan anda? Jangan segan untuk berkongsi. Hidup ini merupakan satu pekongsian.
Soalan
1. Apakah yang betul-betul anda mahu dalam hidup ini?
- untuk jangka pendek saya harap saya dapat menghasilkan 2 buku bestseller. Saya minat dalam penulisan. Lebih-lebih lagi dalam bidang motivasi. Kini saya dalam proses merealisasikannya. Rasanya 20% dah berjaya. Lagi 80% lagi. Doakan kejayaan saya ![]()
-untuk jangka 3-5 tahun saya harap dapat mempunyai pusat futsal sendiri. Usahanya ke arahnya? Masih 1%. Baru cuba mendapatkan kertas kerja.
2. Perlukah anda berubah?
-YA.Untuk merealisasikan impian saya,saya perlu berubah. Banyak akan tertangguh jika saya tidak berubah. Saya perlu lebih fokus pada matlamat saya.
3.Adakah anda selesa dengan apa yang anda lakukan?
- Secara jujurnya saya kurang selesa. Kenapa? Sebab saya rasa impian saya masih terlalu jauh lagi. Mungkin saya perlu melipat ganda usaha saya supaya impian saya semakin dekat dengan saya.
4. Adakah anda telah menggunakan potensi saya sepenuhnya?
- Sudah tentu tidak. Saya rasa saya masih tidak lagi fokus. Tidak seperti jutawan lain dan orang berjaya, mereka begitu fokus. Jika saya hendak berjaya, saya perlu mempunyai kekuatan fokus seperti mereka.
5. Adakah anda gembira dengan pencapaian anda pada hari ini?
- Saya berpuas hati apa yang saya capai pada hari ini.Kerana saya nampak jalan untuk merealisasika impian saya. Saya sedar tentang impian saya.Sebab saya rasa ramai tidak tahu impian mereka. Mereka tidak tahu apa yang mereka hendak. Jadi saya bersyukur berada dalam golongan minoriti yang sedar tentang impian. Kepada anda yang mempunyai impian, tahniah saya ucapkan. Saya yakin anda akan berjaya suatu hari nanti.
Itu 5 soalan yang perlu ditanya pada diri anda. Cubalah, kenalilah diri anda. Semoga motivasi hari ini membawa kualiti yang baru pada diri anda.


teruskan menulis..saya pun nak tulis untuk jawapan saya