Beberapa hari ini saya berasa geram sedikit..Arrr…Kenapa? Kerana saya melihat kejayaan seseorang.hehe.Ya dia kini berjaya membuat sesuatu yang diinginkan saya selama ini. Sesuatu yang menjadi matlamat tahunan saya. Waa geramnya..
Manusia dipengaruhi oleh dua sumber apabila memacu motivasi mereka. Sama ada motivasi yang berunsurkan kegembiraan ataupun sesuatu yang berunsurkan kesakitan. Contohnya seseorang pelajar A. Pelajar A berusaha bersungguh-sungguh kerana dia mempunyai infrastruktur yang lengkap. ia mempunyai keluarga yang bahagia dan lengkap segala-galanya. Oleh itu, ini menjadikan pelajar tersebut ingin mencapai kejayaan. Kerana baginya dia memiliki segalanya.
Manakala pelajar B juga turut berjaya. Tetapi dia datang daripada keluarga yang susah. Bagaimana dia berjaya? Dia menggunakan kesakitan yang dialami sebagai motivasi untuk berjaya. Biasanya cetusan motivasi yang bersumberkan kesakitan lebih mudah memberikan kejayaan pada seseorang. Sebab itulah biasanya kita dengar kebanyakan orang yang berjaya datang daripada keluarga yang hidup susah. Kesusahan memotivasi mereka. Iaitu sumber kesakitan.
Untuk kes saya pula, melihat kejayaan orang tersebut membuat saya geram. Tetapi bukan geram yang negatif tau sehingga saya ingin sabotaj kejayaannya. Sekadar geram untuk memotivasikan diri saya supaya saya turut mampu merealisasikan matlamat saya. Sumber kesakitan yang akan memacukan lagi motivasi saya.
Jadi apakah sumber motivasi diri anda? Kegembiraan atau kesakitan? Jadikan ianya sebagai suntikan motivasi diri anda.


Kadang2 kegembiraan membuatkan kita leka dan mudah lupa kepada impian kita selama ini. Tapi, bila mengingatkan kesakitan, kita akan bersemangat utk meneruskannya!
Namun dalam usaha utk meneruskan sesuatu, saya sering mengingatkan diri saya akan kejayaan sebelum ini. Means, itu juga sebagai pecetus semangat yg menyatakan saya boleh melakukannya!!