Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bercakap atau berkomunikasi bukanlah seusatu yang mudah. Hal ini kerana ia melibatkan pemikiran. Otak bergerak pantas untuk berfikir perkara apa yang perlu diucapkan. Perkara ini tentu lebih sukar kepada seorang yang pendiam.Memikirkan topik yang boleh dibicarakan.
Tips hari ini berkongsi mengenai perkara yang telah dipraktikkan oleh Emerson dan Stevenson dalam memperolehi topik perbualan. Mereka sentiasa membawa buku catatan bersama. Apabila menjumpai sesuatu perkara yang ganjil atau jarang berlaku,mereka akan mencatatnya. Ataupun perkara yang menarik. Seterusnya isi itulah yang digunakan sebagai topik kepada perbualan.
Mungkin kita boleh mencuba tips ini. Hanya sebuah nota kecil dan sebatang pensel. Kos yang murah untuk mendapatkan sebuah idea.
Salam inspirasi!


