Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai tips kejayaan daripada Steve Jobs. Beliau merupakan salah satu idola saya dan merupakan salah seorang pereka teknologi yang begitu kenali. Tahu iPhone? Itu adalah salah satu penghasilan beliau. Beliau merupakan pengasas kepada syarikat Apple. Tetapi oleh sebab-sebab tertentu, beliau telah disingkirkan daripada syarikat tersebut. Tetapi akhirnya kembali ke syarikat tersebut kerana hanya beliau sahaja mampu membuat Apple pergi jauh dengan kebolehannya.
Owh..panjangnya saya bercerita mengenainya. Apa kata kita terus ke tips mengenai kejayaan yang dikongsi.
- Lakukan perkara yang anda sukai. Hasil karya yang baik datang daripada melakukan perkara yang anda suka. Semua orang yang berjaya pada hari melakukan perkara yang mereka minati.Tiger Woods dengan golfnya. Donald Trump dengan minatnya berurusan dengan hartanah. Tony Fernandes dengan minatnya dalam pemasaran.
- Menjadi seorang yang berbeza. Belajarlah untuk berfikir lain daripada lain. Berfikir di luar kotak dan idea baru. Sekadar berkongsi dengan panjang, ini sebenarnya mematuhi hukum Pareto. Anda akan dibayar lebih jika melakukan perkara di mana orang lain kurang mahir dalam melakukannya.
- Lakukan yang terbaik. Dalam setiap perkara yang dilakukan, berikan yang terbaik. Mungkin hasilnya tidak nampak sekarang, tetapi percayalah ianya pasti kembali.
- Lakukan analisis SWOT . Senaraikan kelemahan dan kekuatan anda. Membuat senaraian membuat anda tahu apa yang perlu dikuatkan dan apa yang perlu dielakkan.
- Bermula kecil dan berfikiran besar. Jangan terlalu memikirkan sesuatu perkara dengan begitu kompleks. Bermulalah dengan sesuatu yang mudah.Think big and start small.
- Memberi fokus pada hasil akhir. Hal ini kerana tidak kira apa yang anda lakukan, masyarakat menilai pada hasil akhir. Buktikan kepada mereka.
Itulah 6 tips yang dikongsi oleh Steve Jobs. Harap ianya membantu. Selamat mencuba.
Salam inspirasi.
PS : Harap Steve Jobs membaca entri lalu menghadiahkan saya sebuah iphone..Owh iphone..


apa pendapat saudara dengan, beliau berbakat, tetapi tidak berminat? atau
beliau berminat, tetapi tidak berbakat?
adakah bakat boleh dilatih, atau minat yang boleh dipupuk?
mana yang harus diberi keutamaan. minat atau bakat?
pe tu analisis swot?
Cetihis :Kebiasaannya, kita akan mahir benda yang kita minat. Kerana bakat itu tidak boleh tumbuh begitu sahaja. Ia memerlukan aktiviti pengulangan.
Ashraf :Analisis SWOT ialah analisis yang mmerlukan kita menyenaraikan kekuatan, kekurangn dan ancaman diri. (strengths, Weaknesses, Opportunities, and Threats )
Thanks for the tip! saya amat bersemangat tatkala membaca ayat:
“Lakukan perkara yang anda sukai. Hasil karya yang baik datang daripada melakukan perkara yang anda suka”.
tQ.
TQ for the tips yang menarik.
ps : Stove Jobs paham malay ke? hehe