Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar? Saya harap anda sihat selalu. Hari ini saya ingin berkongsi tips yang dapat digunakan ketika ketandusan idea untuk berbicara.
Komunikasi mampu membuatkan anda menjadi lebih ‘menonjol’ daripada orang lain. Orang yang bijak berkomunikasi kelihatan lebih menarik berbanding orang yang diam secara amnya. Mereka seolah-olah mempunyai pelbagai topik untuk dibualkan.
Apakah rahsia mereka ya? Bagaimana mereka boleh berbual padahal bagi sesetengah orang perkara tersebut kelihatan sukar. Ada tips? Yelah, apabila melakukan sesuatu aktiviti bersama, takanlah kita hendak duduk diam sahaja. Pastinya kita memerlukan sesuatu untuk dikongsi atau dibicarakan. Persoalannya topik apakah yang boleh dibualkan? Lebih-lebih lagi jika kita merupakan seorang yang pendiam dan pemalu macam saya. Hehe
Frank Tibolt telah berkongsi topik yang boleh dibicarakan jika kita ‘blank’ ketika itu. Tipsnya adalah Wondderful.. Hoho..Tidak faham. Begini..
- W- Weather (Cuaca)
- O-Occupation(Occupation)
- N- News (Berita)
- D-Dining(Makan)
- D-Driving(Memandu)
- E-Entertainment(Hiburan)
- R-Radio/TV
- F-Family (Keluarga)
- U-Uplift(Perkara yang meningkatkan rasa gembira)
- L-Location(Tempat tinggal)
Perkataan ini adalah topik kepada anda mengenai perkara yang boleh dibicarakan ketika anda bersama dengan orang lain. Ketika anda ketandusan idea, ingatlah perkataan ini.
Salam inspirasi!




… [Trackback]…
[...] Read More: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/wondderful/ [...]…
… [Trackback]…
[...] There you will find 77973 more Infos: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/wondderful/ [...]…
… [Trackback]…
[...] Read More Infos here: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/wondderful/ [...]…