Hukum Pengawalan

Salam. Bagaimana dengan hari minggu anda hari ini? Hebat? Ingatlah tatkala kita sedang hidup harmoni di bumi Malaysia ketika ini, ada saudara seagama kita sedang memandi darah di Gaza. :-(

Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan mereka di sana. Walaupun kita tidak mampu untuk berjuang dengan mereka secara fizikal, mungkin kita boleh membantu mereka dari segi rohani. Boikotlah daripada membeli barangan yang berkaitan Israel seboleh mungkin walaupun tidak semua. Doakanlah kejayaan saudara kita, dan pintalah Allah SWT menggagalkan niat Israel. Amin..

Hari ini saya ingin membicara tentang hukum minda yang ke-2 iaitu Hukum Pengawalan.
Hukum ini menyatakan bahawa setiap yang berlaku  dalam minda mampu dikawal oleh kita. Kita mempunyai kuasa untuk mengawal sesuatu kejadian atau peristiwa. Kita mampu untuk membenarkannya ianya menjadi realiti atau tidak. Maksudnya di sini, kitalah menyebabkan punca sesuatu berlaku.

Jika sesuatu yang baik yang berlaku, maka ianya disebabkan  kitalah yang membenarkannya ianya berhasil. Begitu sebaliknya. Jika sesuatu buruk yang berlaku, maka kita sebenarnya yang menyebabkannya ianya berlaku. Hukum minda yang ke-2 ini menyatakan kita mempunyai kawalan 100% apa yang difikirkan.

Memang benar, ada sesetengah perkara tidak dapat dikawal. Contohnya seperti kematian, kemalangan, penyakit. Tetapi menurut hukum ini kita masih lagi mampu mengawal minda kita. Kita boleh mengawal bagaimana untuk respon terhadap perkara tersebut. Memang kita tidak dapat mengelakknya, tetapi kita dapat menetapkan minda kita untuk menerima perkara tersebut secara positif atau negatif. Jadi mengapa tidak sahaja memilih untuk respon secara positif?

Ingatlah, kita mampu mengawal minda kita. Jadi pilihlan untuk memandunya ke arah yang positif.

Salam kejayaan. :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saiful Izzuan
Salam dan selamat datang ke DrInspirasi.com. Diharap tips-tips yang dikongsi membantu. Teruslah menyokong dan membaca tips, motivasi, cerita inspirasi di drInspirasi.com ya!

Share This Post

Recent Articles

10 Responses to “Hukum Pengawalan”

  1. nina says:

    thanks dr..baru saya tahu apa itu hukum minda.menarik cara penjelasan saudara

  2. saye says:

    hmm.. dr. cmne antara cara utk mengawal minda tu?

  3. Admin says:

    saye-caranya adalah dengan memberi respon positif terhadap sesuatu yang berlaku. selalulah menggunakan kata-kata yang memberi semangat. semangat2! :-)

  4. am.fazid says:

    assalamualaikum Dr,
    salam ukhwah dari saya.
    first time masuk blog ni,sbb ada berkaitan LOA,saya tgh obses bab LOA.

  5. ciktpah says:

    boleh sy tau apa LOA tu yer?

  6. … [Trackback]…

    [...] Read More here: drinspirasi.com/blog/tips/hukum-pengawalan/ [...]…

  7. … [Trackback]…

    [...] There you will find 65121 more Infos: drinspirasi.com/blog/tips/hukum-pengawalan/ [...]…

  8. … [Trackback]…

    [...] Read More: drinspirasi.com/blog/tips/hukum-pengawalan/ [...]…

  9. zyzz says:

    … [Trackback]…

    [...] There you will find 72252 more Infos: drinspirasi.com/blog/tips/hukum-pengawalan/ [...]…

  10. … [Trackback]…

    [...] Read More here: drinspirasi.com/blog/tips/hukum-pengawalan/ [...]…

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
© 2012 DrInspirasi.com. All rights reserved. Site Admin · Entries RSS · Comments RSS
Powered by drInspirasi.com · Designed by drInspirasi.com