Pembaca sekalian tahukah anda alat pengesan penipuan? Ya. Ia merupakan sesuatu alat yang dapat mengesan pemikiran kita berdasarkan keadaan suhu badan, kadar denyutan jantung kita dan pelbagai faktor lain. Berdasarkan sumber-sumber ini, alat ini dapat mengesan sama ada kita sedang menipu atau tidak.
Apabila kita ditanya, ” adakah awak yang mengambil duit tersebut?”
Pemikiran kita ketakutan (jika benar kita mengambil duit tersebut) . Ini seterusnya menghantar mesej ke tubuh badan kita. Suhu badan kita turun. Kita mula berasa seram sejuk. Kadar denyutan jantuing lebih cepat, kita mula berpeluh. Semua ini memberi isyarat bahawa kita sedang menipu.
Jadi sini bermaksud, pemikiran kita dapat memberi kesan secara langsung kepada tubuh badan kita. Apabila kita sedang menipu, ia menghantar mesej penipuan kepada tubuh badan kita. Apa yang difikirkan adalah sumber kepada tubuh badan.
Begitu juga dengan kehidupan harian. Jika kita sering memenuhi pemikiran kita dengan pemikiran negatif, ia memberi kesan buruk kepada tubuh badan. Ia menghantar mesej negatif kepada tubuh badan kita. Kesannya kita berasa stres, tertekan, pening kepala dan berasa masam. Kita berasa ada sahaja yang tidak kena.
Tetapi berlainan apabila kita memenuhi kotak pemikiran kita dengan kata-kata yang positif. Ia akan menghantar mesej positif kepada tubuh badan. Kesannya kita mula berasa gembira. hehe.. macam saya yang sedang senyum
Oleh itu, sentiasalah berfikiran positif. Jika terdetik sahaja perkara negatif, gantikannya dengan perkara yang positif.

Saya setuju.. Untuk terus positif, kita hendaklah selalu kelilingi diri kita dengan mereka yg bersikap positif.
camne kalau org tu da biase menipu? mesti die cool je kalau menipu. kalau name pun da practice ari2 n dari kecik, sure tak rase menggelabah punye. komen anda?
-Saye
Pada pendapat saya, ianya lahir secara semulajadi. Seperti api yang kita tahu panasnya dan ais yang kita kenal dengan sejuknya. Pemikiran kita telah tersedia program untuk menghantar pelbagai mesej. Berlainan antara satu sama lain. Mungkin terdapat sedikit pengecualian untuk kes tertentu.