Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa yang saya telah buat pada sabtu lepas? Saya telah menghadiri atau lebih tepat lagi menjadi AJK untuk menjemput seorang ahli motivator ke UKM. Tujuannya adalah memberi ceramah kepada pelajar dalam membina keyakinan diri. Motivator yang disebutkan adalah seorang ustaz dari Hijrah Minda. Ustaz Hadi telah memberi banyak motivasi dan inspirasi kepada badan-badan kerajaan dalam usia yang muda. Baru sahaja berumur 26 tahun.
Di atas adalah gambarnya. Hensem, masih muda tetapi yang penting masih bujang macam saya. Haha. Maklumat mengenai ustaz Hadi ini sebenarnya saya dapat daripada kawan saya iaiti Cikgu Razali, penulis buku, “Belajar Sedikit Tetapi Dapat Banyak”.
Apa yang membuat saya memanggilnya kerana Cikgu Razali telah bercerita mengenai modul Ustaz Hadi yang saya dapati menarik. Katanya, secara umum, sebuah mentol lampu akan pecah apabila jatuh disebabkan sifatnya yang rapuh. Tetapi pada akhir program nanti, dengan keyakinan diri yang terbina, mentol lampu yang dijatuhkan tidak pecah. Bagaimana ini berlaku?
Saya merasakan ianya sesuatu menarik. kerana ianya sememangnya ada berkaitan dengan konsep NLP yang pernah saya dengari di mana pada akhir program peserta akan diminta untuk berjalan di atas bara api tetapi tidak cedera. Sebuah program motivasi yang diadakan oleh Anthony Robbins.
Mungkin sedikti ubahsuai dari teknik ini, disebabkan itulah mentol lampu digunakan.Lantas saya terus menghubungi beliau dan segalanya menjadi sejarah. Pada hari tersebut, pada peringkat awalnya, pelajar ditunjukkan sebuah mentol lampu yang dijatuhkan dan kemudiannya pecah. Bertujuan untuk membuktikan mentol itu rapuh. Tetapi pada akhir program, sebaliknya akan berlaku.
Kursus bermula daripada pagi dan akhirnya tibalah saat akhir untuk menguji keberkesanan program. Terdapat 4 kumpulan kesemuannya. Kumpulan pertama bermula dengan debaran. Namun, seperti mana yang diajari, minda perlu berfikir positif bahawa tidak ada yang mustahil. Lantas dengan slogan yang kuat, akhirnya mentol yang jatuh tidak pecah. Begitu juga dengan kumpulan kedua. Mentol juga tidak pecah.
Tetapi untuk kumpulan ketiga dan keempat sedikit malang, mentol yang dijatuhkan pecah. Dalam hati saya, mungkin disebabkan suara yang halus dan tiada getaran kuat keyakinan. (Maklumlah untuk pengetahuan, kumpulan ini terdiri daripada golongan muslimah :- ) hehe ) Ataupun mungkin ada sebab yang lain. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu.
Walau apa-apa pun saya belajar sesuatu pada hari itu, tidak apa yang mustahil untuk dicapai. Hatta mentol lampu pun. Apa yang perlu adalah berfikiran positif. Biar tuhan membuat kerjaNya, dan kita membuat kerja kita.
Apa yang perlu adalah berfikiran positif
Salam insprasi.




I guess, it comes down to 84699 simple choice!