Mudah sahaja. Apabilan anda lakukan apa sahaja semuanya melibatkan risiko.
Kita mendaki bukit, kita mengambil risiko untuk jatuh.
Kita memanjat pokok untuk mengambil buah, sebenarnya kita mengambil risiko untuk jatuh dan tidak memperolehinya.
Kita membawa kereta, kita sebenarnya mengambil risiko untuk menghadapi kemalangan.
Kita menaiki motor, kita mengambil risiko untuk dilanggar oleh kenderaan yang jauh lebih besar.
Kita berani bercinta, kita sebenarnya mengambil risiko untuk dilukai dan ditinggalkan.
K ita berani bercakap, kita menghadapai risiko tiada siapa mendengar.
Kita menulis, sebenarnya kita menghadapai risiko tiada siapa membaca.
Ya. Hidup ini semuannya tentang risiko. Apa sahaja kita buat melibatkan risiko. Kita mungkin tidak payah melakukan apa-apa untuk mengelak risiko. Tetapi bolehkah kita? Hasilnya kita tidak memperolehi kemenangan. Kita tidak dapat merasai kemanisan buah kerana tidak berani memanjat. Kita tidak dapat menuju ke tempat yang diingini kerana takut memandu. Kita tidak dapat merasai perasaan disayangi kerana takut dilukai. Kita tidak dapat merasai deruman anginkerana takut pada risiko jatuh motor. Kita tidak akan dapat pendengar yang setia kerana takut untuk bercakap. Kita tidak akan dapat pembaca kerana takut menulis.
Orang berjaya mempunyai sesuatu tentang risiko. Mereka berani mengambil risiko. Ini sebab mereka tahu ganjaran yang akan diperolehi. Tetapi orang yang kalah takut hendak mengambil risiko. Mereka takut pada risiko yang diambil. Jadi jangan takut untuk mengambil risiko. Hidup ini adalah tentang risiko. Berani untuk mengambilnya. Kita akan menjadi seorang insan yang luar biasa.
Ingatlah kelazatan buah. Ingatlah pembaca dan pendengar yang akan anda perolehi. Ingatlah kemenangan yang akan anda dapat. Semua itu bermakna.

