Tahun 2008 akhirnya berlalu. Banyak suka dan duka yang dialami sepanjang tahun ini. Ada kegagalan dan kejayaan yang dirasai oleh saya. Antara perkara penting saya belajar untuk tahun ini adalah membuat keputusan berdasarkan pilihan-pilihan yang ada. Pilihan banyak, tetapi hendak membuat pilihan yang tepat itu yang agak sukar.
Bagi saya umur 15-30 tahun merupakan umur yang kritikal bagi kehidupan seseorang. Disinilah keputusan-keputusan yang mengubah kehidupan dibuat. Contohnya pilihan kos yang hendak diambil ketika di universiti, pilihan pekerjaan, pilihan permaisuri atau raja di hati dan banyak lagi. ![]()
Memetik kata-kata watak Han dalam Too Fast Too Furious: Tokyo Drift
“ Lihat manusia di bawah. Apa yang mereka takutkan? Hidup ini mudah.
Anda hanya perlu membuat pilihan dan jangan memandang ke belakang.”
Ya. Saya setuju dengan kata-kata ini. Hidup ini mudah jika kita bijak membuat pilihan. Kadang-kala kita membuat kesilapan di atas pilihan kita. Apa yang penting jangan sesekali menyesal dengan pilihan yang dibuat. Setiap yang berlaku pasti ada sebab daripadaNya.
Jadi, bagaimana untuk memastikan tahun 2009 ini keputusan yang dibuat lebih bijak? Jawapannya mudah seperti yang dikatakan oleh seorang sahabat saya. Untuk membuat pilihan yang bijak, lihatlah matlamat akhir kita. Itu yang akan memberi jawapan terbaik kepada persoalan pilihan kita. Carilah keredhaanNya. Carilah keberkatanNya.
“ Jika kita menanam padi, rumput juga akan tumbuh.
Tetapi jika kita menanam rumput, padi tidak akan tumbuh.
Kejarlah akhirat, nescaya engkau akan perolehi dunia juga,
Tetapi kejar dunia, akhirat tidak langsung dikau gapai.”
Sempena tahun 2009 ini, saya mengucapkan Selamat Tahun Baru. Selamat membuat pilihan yang bijak untuk tahun 2009. Salam motivasi…


cmne kalau saye membuat pilihan, utk tak membuat sebarang pilihan?
Setiap detik memerlukan keputusan. Even apabila kita bangun daripada tidur kita terus membuat pilihan. Sama ada untuk bangun atau untuk terus tidur. Ketahuilah bahawa hidup adalah tentang pilihan. Untuk mendapat sesuatu yang bermakna, maka pilihan yang bijak perlu dibuat.
saya setuju yang kita memang tidak dapat lari dari membuat pilihan..
tapi kekadang kita was-was dengan pilihan yang kita buat…
apa yang patut kita buat jika pilihan yang kita buat seolah-olah salah?
adakah kita patut salahkan diri? atau salahkan orang lain?
mana yang lebih utama dalam membuat pilihan?
apa faktor yang patut diutamakan?